[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah - pakdin.my

MELAKA: Lebih lima jam diambil pasukan bomba bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi menangkap tapir betina yang berkeliaran di kawasan tempat letak kenderaan hotel di, Bandar Hilir,hari ini 1 Januari 2023.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.04 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita kemudian menghubungi PERHILITAN bagi memaklumkan kehadiran haiwan itu dan mendapatkan bantuan bagi operasi menangkap.

“Haiwan berkenaan ketika itu sedikit agresif dan kami meminta kepada pengurusan hotel untuk tidak membenarkan pengunjung meletakkan kereta di kawasan itu.

“PERHILITAN juga terpaksa membiusnya tiga kali sebelum ia rebah selain terdapat kereta pengunjung yang mengalami kerosakan akibat disondol,” katanya.

Sementara itu Pengarah PERHILITAN negeri Mohd Firrdhaus Mahmood berkata, pasukannya sudah bersedia di lapangan untuk digerakkan pada bila-bila masa selepas menerima beberapa aduan sebelum ini.

“Sebenarnya kita sudah mengesannya kira-kira dua minggu lalu selepas menerima beberapa aduan tetapi tidak dapat mengesan kedudukan sebenar haiwan itu.

“Kita syaki ia tersesat selepas keluar dari hutan untuk mencari makanan sebelum berkeliaran dan sampai ke tingkat lima dengan melalui tangga bahagian tepi hotel,” katanya.

Menurutnya, dipercayai tapir itu mungkin dari sempadan negeri di Asahan, Jasin.

“Untuk sementara ia akan diletakkan di Zoo Melaka sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak,” katanya.

UTAMABERITAAM 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium