[VIDEO] Rakaman tular pertengkaran penarik kereta dengan lelaki tunjuk pistol disiasat - pakdin.my

TAWAU: Polis sedang menyiasat beberapa rakaman video tular memaparkan perselisihan faham antara sekumpulan penarik kereta dengan seorang ahli perniagaan yang didakwa memiliki pistol.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang Jumaat lalu, dan kedua-dua pihak terbabit masing-masing sudah tampil membuat laporan.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati berlaku pertengkaran dan salah faham antara penarik kereta dan seorang lelaki berhubung isu menarik kereta.

“Hasil semakan mendapati individu terbabit adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai lesen untuk menggunakan senjata api.

“Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Janngan lupa subscribe

Terdahulu, tular beberapa rakaman video sekumpulan individu dipercayai penarik kereta bertengkar dengan seorang lelaki.

Menerusi rakaman video itu, lelaki terbabit dilihat memegang sepucuk pistol sebelum memasukkan ke bahagian belakang badannya.

Turut dipaparkan laporan polis oleh seorang penarik kereta yang mendedahkan bayaran pinjaman kereta jenis Mazda yang dipandu oleh wanita dipercayai ahli keluarga lelaki terbabit tertunggak selama beberapa bulan.

UTAMABERITA Rakaman tular pertengkaran penarik kereta dengan lelaki tunjuk pistol disiasat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium