[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh - pakdin.my

KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini 4 Januari 2023.

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan Kecil).

“Semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Janngan lupa subscribe

Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada 8.35 malam ini untuk beberapa kawasan antaranya di Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud hingga 1 pagi ini.

Dalam pada itu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian jalan terputus dan tanah runtuh di Ranau turut tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi berkata, ketika ini pihaknya menerima banyak panggilan mengenai kejadian tanah runtuh dan kini pegawai dan anggota dalam tindakan.

UTAMABERITA Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium