[VIDEO] 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran - pakdin.my

BELAGA: Lima belas pintu sebuah rumah panjang, Blok F di Uma Bakah, Sungai Asap musnah dalam satu kebakaran hari ini 5 Januari 2023.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga dengan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakkan ke lokasi, katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok lain oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling.

“Maklumat awal jumlah penghuni rumah panjang yang terjejas seramai 68 orang, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat,” ujarnya.

UTAMABERITA 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium