[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion - pakdin.my

  • Suspek berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.
  • Beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5 peratus.
  • Wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik
  • Kontrak-kontrak berkenaan dianggarkan bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan pada Khamis kerana disyaki mengutip komisen daripada kontraktor yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan.

Menurut sumber, suspek yang berusia 42 tahun berkenaan bertindak sebagai orang tengah menghubungkan kontraktor dan pegawai atasan agensi berkenaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

Menurutnya, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada malam Khamis.

“Setakat ini, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5 peratus.

“Wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik,” menurut sumber berkenaan pada Jumaat.

Sumber berkenaan memberitahu, SPRM telah membuka beberapa kertas siasatan membabitkan lima individu disyaki berperanan sebagai orang tengah bagi beberapa kontrak kerajaan yang diberi secara rundingan terus.

Katanya, kontrak-kontrak berkenaan dianggarkan bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi di mana dana keseluruhan berjumlah RM92 bilion.

“Hampir 90 peratus projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima (SST) lagi.

“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber berkenaan berkata, suspek direman enam hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

UTAMABERITA CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium