[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi - pakdin.my

Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15.

Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri.

“Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya.

“Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.”

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Janngan lupa subscribe

Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail.

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi, orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa atau apa yang dimaksudkan sebagai “orang awam”.

Susulan itu, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata erti “suapan” dan “menyogok” telah dijelaskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kesalahan Pilihan raya.

“Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi,” katanya dalam kenyataan semalam.

UTAMAPOLITIK ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium