Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan? - pakdin.my

Berita ini akan terlepas daripada perhatian rakyat tetapi apabila didedahkan pasti ramai yang akan berkata “What the F#@k!”.

Ceritanya begini:

Wong & Partners, ahli kumpulan undang-undang antarabangsa Baker McKenzie adalah firma guaman yang diupah oleh 1MDB pada tahun-tahun awal apabila kehilangan wang berlaku.

Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa semua perjanjian adalah ketat dan sebarang pembayaran dana telah memenuhi syarat-syarat dahuluan seperti dalam perjanjian dan ianya dibayar kepada pihak yang betul.

VIDEO berkaitan:

Janngan lupa subscribe

Itulah sebabnya 1MDB milik kerajaan menyaman Wong & Partners sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) kerana gagal dalam tugas mereka.

Tetapi Wong & Partners bijak. Mereka menggunakan khidmat Gopal Sri Ram untuk mempertahankan mereka.

Dalam masa yang sama, Gopal Sri Ram juga merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang telah menyebabkan masalah kepada 1MDB.

Jadi yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB untuk mempertahankan terhadap dakwaan kerajaan bahawa kelalaian mereka telah menyebabkan 1MDB bermasalah.

Tetapi Gopal Sri Ram berkata tidak berlaku konflik kepentingan.

Majlis Peguam sudah tentu mendiamkan diri. Tiada siapa yang bising ketika itu.

Sudah tentu. Dalam masa 2 bulan, kerajaan menggugurkan tuntutan AS$1 bilion terhadap Wong & Partners.

Walaupun rakan firma profesional seperti Goldman Sachs terpaksa membayar AS$3.9 bilion (RM16 bilion), KPMG membayar RM400 juta, Deloittes membayar RM400 juta dan Ambank membayar RM2.83 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan atas kegagalan masing-masing terhadap 1MDB.

Tetapi entah bagaimana, Wong & Partners berjaya melepaskan diri daripada membayar walau sesen pun kepada kerajaan.

Malah tidak perlu pergi ke mahkamah kerana kerajaan telah menggugurkan tuntutan itu 2 bulan selepas mereka menggunakan khidmat Gopal.

UTAMABERITAAMGopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium