Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

0
490
Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

YALA (Thailand) — Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini.

Kejadian belaku kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika sekumpulan polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata yang menaiki sebuah pikap dalam perjalanan ke tempat kejadian serangan yang berlaku pada malam Khamis.

Enam buah kenderaan di dua lokasi di Bannang Sata dilaporkan terbakar dalam serangan itu.

Ketua Polis Daerah Bannang Satar Kolonel Polis Ranon Surawit berkata sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian.

VIDEO berkaitan

“Akibat letupan yang kuat, pikap itu terbabas. Sekumpulan lelaki dipercayai bersembunyi di kawasan hutan berdekatan turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis,” katanya kepada pemberita di tempt kejadian.

Ranon berkata Ketua Sisatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata terkena serpihan bom dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat lagi anggota polis dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Thailand Jeneral Polis Damrongsak Kittiprapas telah mengarahkan polis mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here