[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta - pakdin.my

Seorang pengarah syarikat perabot didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa berjumlah RM12.875 juta antara Julai 2021 sehingga November tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kelima, tertuduh yang juga pengarah syarikat SSH Furniture Sdn. Bhd. didakwa meminta rasuah masing-masing RM3.975 juta dan RM7.4 juta iaitu sepuluh peratus daripada harga sebenar projek menaik taraf jalan dibawah Jana Wibawa.

Tertuduh didakwa membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. bagi mendapatkan projek di dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat serta bersetuju melantik Syarikat TS Dynamic Contruction Sdn. Bhd. sebagai sub-kontraktor bagi projek dari Jalan Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, Sedili, Kota Tinggi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Wee Cheng di Pejabat Trimetro Development Sdn. Bhd., Jalan Majidi, Muar antara Julai 2021 dan Mei hingga Jun 2022.

https://youtu.be/olW4UZRUOP8

Manakala bagi tujuh pertuduhan lain, bapa kepada empat orang anak itu menerima suapan berjumlah RM1.5 juta sebagai upah membantu daripada kedua-dua syarikat sama mendapatkan projek yang sama.

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a)((A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah II, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib sementara tertuduh diwakili peguam bela Cains Tan.

Hakim membenarkan Wee Cheng diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Mahkamah turut bersetuju menetapkan tarikh 17 Mei ini sebagai sebutan kes dan serahan dokumen.

BACA juga:
Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah
https://pakdin.my/162557/

UTAMABERITA Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium