Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda - pakdin.my

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda - pakdin.my

KUANTAN — Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas pembantu tadbir di Felda Jengka 12 Melor di Maran, dipenjarakan selama 115 bulan selepas beliau mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan cek palsu bernilai RM64,734, dua tahun lepas. 

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain juga memerintahkan tertuduh Mohd Azlan Jainal, 36, yang beralamat di Bahau, Negeri Sembilan, menjelaskan denda RM68,500 atau jika gagal, dipenjara selama 29 bulan.

Pada prosiding itu, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara antara lapan, 10, 12 dan 13 bulan bagi setiap pertuduhan, namun semua hukuman tersebut diarahkan berjalan serentak mulai hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 Mac 2021 hingga 30 April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan tertuduh menggunakan buku cek milik Felda Jengka 12 Melor yang diamanahkan kepadanya, dengan mengeluarkan cek atas nama diri sendiri selepas meniru tandatangan pengurus dan penyelia felda tersebut, kononnya bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada waris peneroka.

Wang itu dikreditkan ke akaun tertuduh yang bekerja di felda itu sejak 2012 sebelum terbongkar setelah  beliau ditukarkan ke Perak pada Mei 2021, apabila pengganti tertuduh menyedari kehilangan cek pada buku cek itu.

Semasa merayu hukuman diringankan, tertuduh dengan panjang lebar mendakwa ia adalah untuk ‘kebajikan dan keselesaan pejabat’ selain bagi menyertai Anugerah Keceriaan Kampung Felda di peringkat kebangsaan.

BACA juga  Dilarang keluar, masuk Sabah

Antara lain, bapa kepada empat orang anak itu mendakwa ia digunakan untuk membeli meja, mesin mengira wang dan meja komputer, selain membaiki pendingin hawa serta lampu yang terbakar dan menambah baik jeriji besi di pejabat.

“Saya tidak gunakan wang itu untuk kegunaan peribadi seperti membayar hutang pelajaran dan koperasi atau menyelesaikan tunggakan bil telefon atau langganan siaran televisyen yang kini sudah disenaraihitamkan.

“Saya rayu hukuman ringan supaya kawan saya yang menjadi penjamin dalam hutang saya tidak terbeban kerana mereka adalah B40 selain pinjaman perumahan saya baru diluluskan,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon hukuman setimpal atas alasan matlamat tidak menghalalkan cara tertuduh yang mengambil kesempatan mendapatkan wang dengan jalan pintas.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285