[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan - pakdin.my

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas ia diberi secara percuma oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini.

Tinjauan di stadium keramat Harimau Malaya itu mendapati rata-rata mereka berkumpul seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan ‘cenderamata’ khas tersebut.

Menurut mereka, rumput tersebut akan dibawa pulang ke rumah dan ditanam di laman rumah masing-masing tanda kenangan sebagai penyokong bola sepak negara.

Menurut seorang individu yang ingin dikenali sebagai Razak, 45, rumput tersebut bakal diletakkan di halaman rumahnya sebagai tanda kenang-kenangan.

“Bukan mudah nak dapat rumput dari stadium keramat Harimau Malaya ini. Saya harap rumput ini suburlah apabila berada di halaman rumah nanti.

“Terima kasih kepada pihak stadium kerana membenarkan rumput ini diambil percuma, sekurang-kurangya dapatlah pihak pengurusan mengeluarkan kos untuk membuang rumput yang tidak digunakan ini,” katanya.

Janngan lupa subscribe

Difahamkan lebih 100 indiviu telah memgambil peluang untuk mendapatkan rumput percuma di SBNJ bagi sesi dan petang hari ini.

Terdahulu, PSM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan rumput padang SNBJ jenis ‘Cow Grass’ secara percuma kepada orang ramai di mana venue berkenaan akan menjalani proses penggantian rumput baharu jenis Zeon Zoysia bermula esok.

Waktu pengambilan melibatkan dua sesi iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang sehingga 5 petang.

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian.

UTAMABERITASUKAN Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium