[VIDEO] Lelaki tabur paku atas jalan sudah ditahan - pakdin.my

BATU GAJAH: Pemilik kereta Nissan Almera yang dipercayai menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, di sini sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 45 tahun itu diberkas di Changkat Larang, Lahat pada 3 pagi hari ini.

Katanya, suspek ditahan selepas lima jam video kejadian itu dikesan pihaknya, semalam.

“Dia kini ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Mohamad Roy dilapor berkata, pihaknya mengesan pelaku yang menebar paku di atas jalan selepas video mengenainya tular di media sosial sejak Khamis.

Janngan lupa subscribe

Polis turut menerima laporan pengguna jalan raya yang mengalami kebocoran tayar selepas melalui kawasan itu.

UTAMABERITA Lelaki tabur paku atas jalan sudah ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium