[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut – Bomba - pakdin.my

SEREMBAN: Beberapa kawasan dan peniaga bazar Ramadan di sekitar Mantin, Nilai dekat sini terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda, petang tadi 7 April 2023.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Priscilla Carol Thomas, berkata antara kawasan terbabit adalah Kampung Che Lah, Klinik Kesihatan Mantin, Desa Pinggiran Bayu, Kolej Legenda, Jalan Mantin ke Sungai Machang dan Jalan Mantin ke Beranang.

Katanya, pihak bomba menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 3 petang hingga jam 5.30 petang tadi akibat kejadian ribut.

BERITA berkaitan: [VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar

“Sejurus menerima panggilan, anggota bomba terus ke lokasi terlibat dan meneruskan kerja-kerja mengalihkan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan terjejas termasuk di kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa peniaga bazar Ramadan juga terkesan akibat ribut yang melanda di sekitar kawasan Masjid Qariah Pekan Mantin dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut membantu memutuskan bekalan elektrik serta mengalihkan tiang elektrik tiang yang tumbang akibat ribut.

Janngan lupa subscribe

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai J Arul Kumar, berkata hujan lebat dan ribut petang tadi turut menyebabkan banyak pokok tumbang di Taman Desa Melati Nilai dan banyak khemah Bazar Ramadan telak rosak di Nilai dan Mantin.

“Terdapat beberapa pokok tumbang dan terkena rumah. Pembersihan sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban, TNB dan bomba,” katanya yang turut meminta MBS memotong keseluruhan pokok besar yang berada berdekatan kawasan perumahan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

UTAMABERITA Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut - Bomba

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium