Al-Fatihah – Syamsuar Hasyim (Sam ‘D’LLoyd) Meninggal Dunia

Vokalis utama kumpulan D’LLoyd dari Indonesia yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 70-an, Syamsuar Hasyim, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia hari ini.

Kematian Syamsuar, 65, disahkan anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia mengunjungi sanak saudara, kepada Bernama.

Isfriansyah, yang menetap di Aceh, Indonesia, 37, berkata bapa saudaranya itu meninggal dunia di Hospital Husada Utama, Jakarta, akibat sesak nafas kira-kira pukul 7.15 pagi waktu Indonesia.

Beliau berkata jenazah bapa saudaranya itu akan dibawa ke rumah kakaknya di Kalibaru, Jakarta untuk urusan pengebumian di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta selepas solat Asar hari ini.

Isfriansyah berkata bapa saudaranya itu yang hidup membujang dimasukkan ke hospital yang sama setelah mengadu sesak nafas pada Khamis lepas sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini.

“Kami berasa sungguh sedih dengan pemergiannya kerana beliau seorang yang sangat mengambil berat terhadap kami,” katanya.

Syamsuar Hasyim mula menganggotai kumpulan D’LLoyd pada tahun 1974 dan telah merakamkan album pertama pada tahun itu juga serta mengeluarkan beberapa lagu popular seperti Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa, OH Di mana, Keagungan Tuhan dan Sendiri.

Allahyarham kali terakhir bersama-sama kumpulan D’LLoyd mengadakan konsert di Johor Bahru bulan lepas sebelum dilaporkan jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Husada Utama pada 21 Mei lalu dan keluar daripada wad pada 28 Mei.

Sementara itu, saudara terdekat penyanyi itu yang menetap di Malaysia, Isa Madon berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ketika kumpulan D’LLoyd membuat konsert di Johor Bahru dan keadaanya dilihat sihat.

“Saya terkejut mendengar khabar ini. Beliau seorang saudara yang sangat pemurah, peramah bersama kami sekeluarga dan rakan artis serta seorang yang sangat mengambil berat terhadap orang lain,” katanya.

 

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...