Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass - pakdin.my

HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang.

BACA juga: Tiga Parah, Sembilan Cedera Kemalangan Di Jalan Serendah, Hulu Selangor

Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport.

VIDEO Berkaitan:

Janngan lupa subscribe

“Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman.

“Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (enam, lapan dan 12 tahun),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambah Morni, tiga lagi kanak-kanak perempuan berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum anggota bertugas tiba manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 30-an tidak mengalami kecederaan.

BACA juga: Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Serendah, Hulu Selangor

UTAMABERITAEnam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium