Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki - pakdin.my

PUNCAK ALAM – Seorang wanita dicekup berhubung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam di sini, kelmarin.

Penahanan suspek berusia 33 tahun itu susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu.

Katanya, suspek terdahulu telah membuat oral seks sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah bilik di rumah mereka.

VIDEO berkaitan

Janngan lupa subscribe

“Suspek juga telah merakam hubungan seks tersebut menggunakan telefon bimbit sendiri. Bagaimanapun polis telah merampas gajet yang digunakan itu, manakala mangsa telah diserahkan kepada pihak JKM,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati adalah negatif.

Ramli menjelaskan suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BACA juga:
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan
Rogol kanak-kanak 12 tahun: Reman 10 remaja dilanjutkan
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati
[Video] Lelaki rogol, bunuh jururawat di Gua Musang ke tali gantung
22 wanita pesalah syariah kena sebat

UTAMABERITAWanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium