[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom - pakdin.my

JOHOR BAHRU — Polis sedang mengesan individu dipercayai melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian Sabtu lepas itu disahkan berlaku pada 4.15 pagi susulan tular dua video dipercayai berkaitan insiden berkenaan di media sosial.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 10 pagi semalam selepas anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.27 pagi, Sabtu.

“Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut dan kelihatan seorang individu keluar daripada kenderaan berkenaan dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Janngan lupa subscribe

Raub berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek yang dibaling individu berkenaan telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda.

Beliau juga meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900.

BACA juga:

UTAMABERITA Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium