Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20 - pakdin.my

TAMIL NADU — Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India telah meningkat kepada 20 setakat ini.

Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7), menurut Xinhua.

Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.

Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata, dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.

VIDEO berkaitan:

Janngan lupa subscribe

Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain.

Sementara itu, amaran telah dikeluarkan di kedua-dua daerah, dalam usaha menjauhkan orang ramai daripada meminum minuman keras.

Beberapa individu lain juga telah ditahan kerana didakwa terlibat dalam pengedaran arak haram di negeri ini.

Ketua Menteri M.K. Stalin menyuarakan rasa terkejut dengan berita kematian itu dan mengumumkan pampasan sebanyak AS$12,150 kepada setiap keluarga mangsa yang maut, dan AS$607 kepada setiap orang yang menjalani rawatan di hospital.

BACA juga:

UTAMADUNIATragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium