Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara? - pakdin.my

Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara? - pakdin.my

PHNOM PENH – Ke mana hala tuju arena sukan Malaysia?

Persoalan itu pastinya berlegar-legar dalam fikiran bukan sahaja bagi peminat sukan tanah air, malah seluruh rakyat Malaysia susulan pencapaian terburuk kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang akan melabuhkan tirai secara rasmi hari ini.

Menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan adalah pencapaian sangat mengecewakan bagi Malaysia sejak temasya sukan dwitahunan itu diperkenalkan pada 1959.

Kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas saingan Sukan SEA Kemboja apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.

Lebih memalukan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja.

VIDEO berkaitan:

Apa jua alasan atau rumusan akan diberikan kontinjen negara terhadap kegagalan itu, hakikatnya Malaysia kini berada di tahap yang belum pernah berlaku dalam sejarah penyertaan pada temasya sukan tersebut.

Jika mempertaruhkan majoriti muka baharu atau pertama kali bertanding di temasya itu selain beberapa acara lubuk emas Malaysia tidak dipertandingkan pada kali ini serta tuan rumah, Kemboja menggunakan atlet naturalisasi dikatakan sebagai antara faktor terhadap kegagalan itu.

Perkara tersebut dianggap tidak relevan kerana kontinjen negara sudah pun tahu berhubung apa akan berlaku di temasya sukan ini dan persediaan rapi sudah dilakukan bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja.

Malah, unjuran dilakukan persatuan sukan kebangsaan yang dikatakan tidak memberi gambaran sebenar tahap pencapaian atlet masing-masing, kononnya turut menyumbang kepada kegagalan itu juga tidak boleh diterima.

Merumuskan pencapaian terburuk kontinjen negara itu, pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata alasan atau rumusan seumpama itu tidak relevan dan pencapaian terburuk kontinjen negara perlu diteliti dari pelbagai sudut.

BACA juga  24 maut, 23 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kemboja

Beliau berkata pelbagai pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan perlu mencari jalan supaya pencapaian itu dapat diperbaiki bukan sahaja di peringkat Sukan SEA, malah pada temasya sukan lebih berprestij seperti Sukan Asia.

“Kita faham ada sesi libat urus bersama persatuan sukan sebelum sasaran ditetapkan untuk kita melihat apakah sumbangan pingat yang boleh diberikan oleh persatuan-persatuan sukan yang akan menyertai Sukan SEA.

“Kita perlu betul-betul pantau persatuan sukan kebangsaan…kalau tiada program latihan, tiada jurulatih, tidak banyak pertandingann walaupun mereka menjanjikan bulan dan bintang, kita tidak boleh terima bulat-bulat,” katanya.

Berkaitan isu Kemboja memperkenalkan beberapa acara baharu serta menggunakan atlet naturalisasi, Pekan berkata hal tersebut bukan perkara baharu kerana sebagai tuan rumah mereka tidak mahu berada di kedudukan bawah.

“Kalau nak dikatakan seolah-olah Kemboja merampas kedudukan pingat atau menolak kita ke kedudukan ketujuh. Perkara ini bukan perkara baharu, setiap kali siapa yang menjadi tuan rumah, mereka tidak mahu duduk di posisi paling bawah dan menggunakan kelebihan yang ada.

“Saya juga nak beritahu, kalau kita hilang pingat emas kepada Kemboja sebab guna atlet naturalisasi…sukan apa yang kita hilang emas? Mungkin kriket sahaja…bola keranjang itu pun belum tentu kita dapat pingat emas,” katanya.

Pekan turut menolak tanggapan bahawa penyertaan atlet negara pada pentas Sukan SEA adalah bagi memberi pendedahan kepada lebih ramai atlet muda, sebelum mereka disenaraikan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

“Katakan dasar sekarang kita akan hantar ramai atlet muda dalam lingkungan 21, 22 atau 23 tahun, pergi untuk pendedahan. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana dalam lingkungan umur itu patutnya tahap mereka dah boleh menang pingat emas dan bukan sekadar penyertaan semata-mata.

BACA juga  Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA

“Tak kan mereka nak sertai Sukan Asia pada umur 30 tahun. Ini justifikasi tidak menggambarkan kemajuan kejayaan bagi seseorang atlet. Tak kan kita nak meletakkan mereka akan berjaya di peringkat umur yang lewat, umpamanya atlet China ketika umur muda dah jadi juara Olmpik,” katanya.

Beliau berkata persatuan sukan kebangsaan sepatutnya menyenaraikan atlet terbaik mereka dan bukan sekadar hanya menghantar atlet baharu atau muda mereka beraksi di pentas Sukan SEA.

“Walaupun dalam kedudukan ranking dunia, mereka antara terbaik, Tidak kisah Sukan SEA atau temasya sukan lain, kita perlu hantar atlet terbaik untuk menang. Kita tidak mahu dianggap bila (lawan) jumpa atlet Malaysia, mereka kata tiada masalah boleh menang. Jangan kita gadai maruah kita,” katanya.

Beliau turut merumuskan beberapa acara sukan menampilkan aksi terbaik pada temasya kali ini seperti karate dan silat, yang masing-masing meraih empat emas manakala taekwondo membawa pulang tiga emas.

“Pencapaian olahraga pada saya biasa-biasa walaupun menang lima emas dan menjadi penyumbang terbanyak kepada kontinjen negara. Melihat kepada lebih 40 emas ditawarkan dalam olahraga, jumlah itu tidak dianggap cemerlang. Sepatutnya skuad olahraga raih purata 10 emas,” katanya.

Beliau berkata sukan paling mengecewakan adalah badminton yang gagal membawa sebarang pingat emas; bola sepak yang tersingkir awal di peringkat kumpulan; hoki dalam dewan serta renang.

Difahamkan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan memberikan perincian mengenai prestasi dan pencapaian atlet di Sukan SEA 2023 pada sidang media rangkuman prestasi di Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Apa pun rumusan terhadap prestasi kontinjen negara pada temasya di Kemboja ini, perlu ada jalan penyelesaian segera supaya kegagalan tersebut tidak berulang pada Sukan SEA 2025 di Thailand, apatah lagi atlet Malaysia dijadual menyertai Sukan Asia di Hangzhou, China, September ini.

BACA juga  Sukan SEA 2023: Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia

BACA juga:

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285