[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi - pakdin.my

JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu.

Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh.

Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1 petang, Mac lalu.

Atas kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntuk hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut seksyen berkenaan, tertuduh juga boleh dikenakan bon berkelakuan baik dan diarah untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari mencadangkan agar mahkamah memberi jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Peguam tertuduh, Syufri A. Samad bagaimanapun memohon jumlah wang jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes dijalankan mahu pun ketika ditahan polis.

“Tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan, manakala suaminya yang bekerja kilang mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan. Dia turut menanggung ibu bapanya yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport antarabangsa perlu diserah kepada mahkamah.

BACA juga:

UTAMABERITA Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium