Euro 2012 – England 1 Perancis 1

PERANCIS dan England mengakhiri perlawanan sulung mereka dalam Kumpulan D, yang berlangsung di Stadium Donetsk, dengan terikat 1-1, yang ternyata mengecewakan peminat-peminat kedua-dua pasukan.

Sementara kedua-dua paskan memerlukan kemenangan dan mata penuh, Perancis dan England kelihatan ‘gembira’ dengan kedudukan seri dan berkongsi mata sebelum melengkapkan dua lagi perlawanan dan menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Bekas ketua England, Graham Taylor dipetik BBC Radio 5 berkata: “Ia keputusan yang baik, tetapi kini kita melangkah ke dalam debat bahawa Perancis lebih banyak menguasai permainan.”

“Menghormati kedudukan, mereka seharusnya memenangi permainan ini, tetapi tidak. Kita bermain dalam kejohanan dan (sebenarnya) anda memerlukan tuah,” kata Taylor.

Perangkaan awal menunjukkan Perancis menguasai 60 peratus permainan berbanding dengan England.

Pemain pertahanan Everton dari Perancis, Sylvain Distin menerusi Twitter pula berkata, “permainan separuh masa kedua tidak cukup hebat, tetapi sekurang-kurangnya seri menjadikan semua gembira.”

Pada babak awal perlawanan, England yang memulakan serangan gagal untuk menghasilkan jaringan. Sebaliknya, asakan bertubi-tubi England akhirnya berhasil apabila tendangan Joleon Lescott membolosi pintu gawang untuk mendahului 1-0 pada minit ke-30.

Perancis yang tersentak dengan jaringan awal England, melakukan asakan bertubi-tubi. Samir Nasri menghasilkan gol untuk mengikat kedudukan pada minit ke-39.

Dalam pertemuan kali ini, Perancis kelihatan banyak menguasai bola.

Kedua-dua pasukan yang turun untuk memburu gelaran utama,  dilihat semakin rancak dalam mengasak kubu masing-masing  untuk mencari gol kemenangan bagi  mengukuhkan kedudukan mereka  dalam  Kumpulan D.

Bersambung babak kedua, Perancis semakin mempamerkan penguasaan yang luar biasa  apabila sering melakukan hantaran cantik ke gawang lawan dalam mencari gol kedua.

Bagaimanapun, jentera pertahanan England yang kental berjaya mengekang serangan Perancis daripada meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

Gol England sekali lagi diuji apabila rembatan kencang  penyerang Perancis, Karim Benzema  untuk menambah gol bagaimanapun masih gagal  apabila diselamatkan penjaga gol England, Joe Hart pada minit ke-60.

Pada perlawanan tersebut, ia turut menjadikan pertemuan pertama tiada kad dilayangkan pengadil kepada pemain berbanding perlawanan sebelum ini.

Selepas ini, pasukan tuan rumah, Ukraine akan bertemu Sweden dalam perlawanan  kedua Kumpulan D, jam 2.45 pagi.

Perancis turun untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan sebelum ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan terakhir menyaksikan Perancis menewaskan England 2-1 dua tahun lalu.

Barisan pemain Perancis

1 Hugo Lloris
2 Mathieu Debuchy
5 Philippe Mexes
4 Adil Rami
3 Patrice Evra
6 Yohan Cabaye
18 Alou Diarra
15 Florent Malouda
11 Samir Nasri
10 Karim Benzema
7 Franck Ribery

Barisan pemain England

1 Joe Hart
2 Glen Johson
6 John Terry
15 Joleon Lescott
3 Ashley Cole
16 James Milner
4Steven Gerrad
17 Scott Parker
19 Stewart Downing
11 Ashley Young
22 Danny Welbeck

Array

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...