[VIDEO] Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290 - pakdin.my

  • Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw berkata bahawa punca tragedi kereta api Odisha telah dikenal pasti dan pegawai yang bertanggungjawab ke atasnya telah dikenal pasti. Fokus adalah pada pemulihan.
  • “Ia berlaku kerana perubahan dalam interlocking elektronik
  • Sepasukan doktor dan pakar dari AIIMS dan hospital pusat Delhi yang lain telah dikejarkan melalui penerbangan khas IAF untuk memberikan bantuan perubatan kepada mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut.

Perlanggaran tiga kereta api India: Perlanggaran antara dua kereta api penumpang dan kereta api barangan di negeri Balasore Odisha di timur India telah mengakibatkan kematian tragis sekurang-kurangnya 294 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera dalam nahas kereta api terburuk India di lebih dua dekad. Sementara itu, hospital di Balasore dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit sementara pegawai masih berusaha mengenal pasti mangsa. . Menurut kenyataan rasmi pegawai kereta api, Coromandel Express, yang beroperasi antara Kolkata dan Chennai telah merempuh Howrah Superfast Express.

Howrah Superfast Express tergelincir dan bertembung dengan Coromandel Express, kata pihak berkuasa Kereta Api Tenggara. Kereta api barangan juga terlibat sebahagian daripada perlanggaran terburuk itu, menjadikannya salah satu kemalangan kereta api paling banyak mengornankan nyawa yang pernah disaksikan di India. Sehingga Ahad (4 Jun) pihak berkuasa sedang berusaha untuk membersihkan serpihan nahas kereta api dari landasan.

Di tempat kejadian terlihat kompartmen-kompartmen hancur dan lubang-lubang berlumuran darah di lokasi nahas dekat Balasore, sekitar 200 kilometer dari ibu negeri Odisha, Bhubaneswar.

Sebilangan gerabak terbalik, manakala pekerja-pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah cadar putih dan di dalam beg-beg mayat di sebelah landasan.

Sepasukan doktor dan pakar dari AIIMS dan hospital pusat dari ibu negara India Delhi telah dikejarkan ke Bhubaneswar melalui penerbangan khas Tentera Udara India (IAF) untuk memberikan bantuan perubatan, sumber rasmi memberitahu agensi berita PTI, pada Ahad.

Nahas kereta api tidak asing di India. Negara itu pernah menyaksikan berbilang kemalangan tren dengan yang terburuk berlaku pada 1981 apabila sebuah kereta api tergelincir dan jatuh ke dalam sungai semasa melintasi jambatan di Bihar, menyebabkan antara 800 hingga 1,000 orang terkorban.

Sementara itu Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada India susulan nahas kereta api penumpang yang mengakibatkan ratusan nyawa terbunuh atau cedera pada Jumaat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam tragedi yang berlaku di negeri Odisha itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Sabtu turut menyatakan simpati kepada India atas tragedi itu.

“Kami bersama dengan kerajaan dan rakyat India mendoakan misi menyelamat akan berjaya dan kami juga turut bersimpati kepada waris mangsa

BACA juga:

UTAMADUNIA Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium