Pemuda Tersepit Sejam Cuba Alihkan Kereta - pakdin.my


….

Hasrat seorang pemuda berehat di dalam kereta di kawasan berpasir di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu sementara menunggu waktu makan malam bersama kekasihnya, bertukar tragedi.

Dia tersepit di bawah kereta hampir sejam ketika cuba mengalihkan tayar kereta yang terbenam dalam pasir.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Myvi milik teman wanita Amir Hussin terperangkap di kawasan berpasir.

Usaha kemudian dilakukan untuk mengalihkan kereta terbabit.

Ketika membetulkan kedudukan jek kereta beralaskan batu yang senget, kereta ini tiba-tiba menghempap tubuh Amir.

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa.

Amir kemudian berjaya ditarik keluar dengan bantuan pasukan bomba dan pengunjung pantai.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan.

UTAMABERITAPemuda Tersepit Sejam Cuba Alihkan Kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium