32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

17 ditahan tak pakai pelitup muka

Tujuh belas daripada 48 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pemulihan (PKP) membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 47 individu dikompaun dan seorang individu lagi dijamin.

Menurutnya, antara kesalahan ingkar arahan PKP ialah gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (12), premis beroperasi lebih masa (13), langgar perintah kuarantin (satu) dan aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (lima).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga membuat 58,050 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 3,059 pasukan pematuhan membabitkan 13,042 anggota membuat pemantauan di 3,703 pasar raya, 4,955 restoran serta 1,255 penjaja, 1,137 kilang, 3,863 bank dan 1,039 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,070 terminal pengangkutan darat, 218 terminal pengangkutan air serta 120 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini mengenai pelaksanaan PKP hari ke-171 dan hari ke-87 PKPP.

Mengenai kuarantin wajib, katanya, sejak 24 Julai sehingga semalam seramai 22,252 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Mereka yang pulang ke tanah air itu, katanya, ditempatkan di 70 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,985 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 13,201 individu sudah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka pulang yang pulang dari luar negara itu dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom (UK), Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.