PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

EPL: Alexander-Arnold wira kebangkitan Liverpool

LIVERPOOL – Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan The Reds kembali ke landasan kemenangan dalam saingan EPL selepas terdahulu seri 1-1 dengan juara treble musim lalu, Manchester City di Stadium Etihad pada minggu lalu.

Ia juga kemenangan kedua berturut-turut buat Liverpool dalam semua kejohanan selepas menewaskan LASK Linz 4-0 pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat lalu.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad bimbingan Jurgen Klopp meraih gol pertama menerusi jaringan sendiri penjaga gol Fulham, Bernd Leno pada minit ke-20 sebelum pelawat menyamakan kedudukan melalui Harry Wilson empat minit kemudian.

Liverpool kemudiannya kembali mendahului menerusi Alexis Mac Allister pada minit ke-38 tetapi Fulham sekali lagi bnagkit mengikat kedudukan hasil jaringan Kenny Tete di penghujung separuh masa pertama.

Tuan rumah kemudiannya dikejutkan dengan gol ketiga Fulham hasil tandukan Bobby De Cordova-Reid pada minit ke-80.

Bagaimanapun, Liverpool menceriakan para penyokong mereka dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit untuk meraih tiga mata berharga dalam aksi itu.

Ia bermula dengan jaringan pemain gantian, Wataru Endo pada minit ke-87 sebelum tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold melengkapkan malam gemilang The Reds menerusi gol kemenangan seminit kemudian. – SETERUSNYA

# Tag
Berkaitan

George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

EPL: Manchester City tercicir mata, Forest terus cemerlang

Arsenal seri 1-1 dengan Manchester United dalam perlawanan sengit

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

[VIDEO] Bas terbakar – 6 jemaah umrah maut di Wadi Qudeid, laluan Madinah-Mekah

[VIDEO] Runtuhan jambatan di Narathiwat: Seorang maut, tiga cedera

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas