PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    [VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

    Selain itu, beliau berkata Ahli Parlimen juga tidak seharusnya berkelakuan seolah-olah melebihi undang-undang, kerana mereka juga diundi oleh rakyat.

    Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

    Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, selepas usul menggantung beliau dari Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mendapat sokongan 110 ahli Parlimen manakala 63 tidak bersetuju menerusi undi belah bahagian, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

    Usul itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, susulan tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang membangkitkan isu sepucuk surat layang di Dewan Rakyat, kononnya mengenai dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

    Wan Ahmad Fayhsal berbuat demikian semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 pada 1 Julai.

    Wan Ahmad Fayhsal turut menamakan individu berkenaan yang dipetiknya daripada surat layang berkenaan, yang merupakan pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Azalina ketika menggulung perbahasan usul itu berkata Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab dalam setiap perlakuan dan tidak sewenang-wenangnya merujuk kepada dokumen yang tidak ditentusahkan, seperti surat layang.

    “Kalau Machang minta maaf, atau Machang kata ‘Saya mungkin silap, saya dapat (surat), saya tak percaya tapi saya nak tanya betul ke tidak’, itu tiada masalah, you qualify your statement, tapi dia duduk, benda itu viral macam Parlimen pula mengesahkan kepada apa yang Machang cakap,” katanya.

    Sementara itu Johari selepas penggulungan itu berkata beliau turut terkesan apabila pegawai kerajaan dihina, apa lagi beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai tadbir dan diplomatik sebelum ini.

    “Saya sangat beremosi hari ini, kadang-kadang saya tahu di YouTube ini bukan org luar, Ahli Parlimen juga maki saya. Jadi apa salah saya sebab anda semua buat undang-undang, saya tafsir tapi saya kena maki.

    “Tetapi saya taklah rasa nak ambil tindakan. Saya boleh sebenarnya ambil tindakan tetapi saya tidak mahu lakukannya sebab saya rasa kita kesemunya sudah matang,” katanya.

    BACA juga:

    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag
    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
    EKONOMI

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    DUNIA