Serangan Buaya Sungai Saribas – Gerakan mencari Drahman masih belum berhasil - pakdin.my

BERDOA : Isteri Drahman, Latifah Nen, 53, dan anak lelakinya menanti di tebing Sungai Saribas.

BELADIN: Gerakan mencari mangsa serangan buaya di Sungai Saribas semalam masih gagal menjejaki Drahman Chali yang disambar reptilia ganas itu ketika hendak bersarapan di tempat pengumpulan batang rumbia pada pagi Khamis lepas.

Drahman, 55, seorang pemotong rumbia dikatakan dibaham buaya ketika mahu mencuci tangan pada kira-kira jam 8 pagi.

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya dianggarkan sepanjang empat meter melibas Drahman sebelum menariknya ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

Sumber ketika dihubungi semalam mengatakan gerakan mencari mangsa masih gagal menemui mangsa.

Gerakan mencari mangsa dilancarkan kelmarin oleh polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan penduduk kampung.

Ini merupakan kes serangan buaya terkini selepas kisah Bujang Seblak mengorbankan seorang mangsa di Sungai Anak, Roban, baru-baru ini.

Jumpa jam tangan

Operasi mencari dan menyelamat Derahman Chali, 55, sehingga jam 6 petang semalam, hanya menjumpai jam tangan mangsa kira-kira 300 meter dari lokasi dia dibaham di Tanjung Lilin, Pusa di sini.

Jam tangan berkenaan ditemui seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Satar Daong, 43, apabila memberhentikan bot dinaiki di tebing sungai selepas ternampak kesan tapak kaki buaya yang besar.

“Sebaik turun bot, kami tiba-tiba ternampak seutas jam tangan. Kami membawa jam tangan itu kepada isteri mangsa (Latifah Nen, 53,) dan dia mengesahkan ia milik suaminya,” katanya.

Seramai 50 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Rela terbabit dalam gerakan mencari mangsa mulai jam 7 pagi hingga lewat petang semalam.

Derahman dilibas Bujang Saribas ketika membasuh tangan untuk menjamah bekalan makanannya pada kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Sementara itu, Penghulu Kampung Beladin, Neng Kunding yang ditemui berkata, 8,740 penduduk di kawasan itu kini dilanda kebimbangan dan ketakutan akibat serangan buaya di situ.

UTAMABERITASerangan Buaya Sungai Saribas - Gerakan mencari Drahman masih belum berhasil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium