PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    EPL: Manchester United tidak bernasib baik

    “Saya harap semua pemain dapat memberikan 100 peratus apabila Amorim secara rasmi menjadi ketua jurulatih pada minggu depan.

    MANCHESTER – Jurulatih interim Manchester United, Ruud van Nistelrooy optimis masa depan pasukannya bakal bersinar di bawah kendalian Ruben Amorim dan mahu semua pemain berdiri teguh di belakang pengendali baharu itu nanti.

    Namun, Nistelrooy mengakui masa depannya masih samar kerana belum berbincang dengan Amorim selepas beliau berjaya membantu pasukan mengikat Chelsea 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi tadi.

    “Buat masa ini saya tidak bercakap lagi dengan Amorim kerana fokus saya adalah untuk membantu pasukan mengharungi dua perlawanan lagi menentang PAOK bagi aksi Liga Europa dan Leicester City (saingan EPL).

    “Namun, saya berminat untuk mengenali Amorim secara peribadi kerana reputasinya cukup hebat di Portugal selain membuktikan beliau salah seorang jurulatih berbakat di pentas Eropah.

    “Saya harap semua pemain dapat memberikan 100 peratus apabila Amorim secara rasmi menjadi ketua jurulatih pada minggu depan,” kata pengendali berusia 48 tahun dari Belanda itu.

    Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti buat United pada minit ke-70 tetapi ia tidak bertahan lama apabila pemain tengah Chelsea, Moises Caicedo menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

    Mengulas mengenai perlawanan, Nistelrooy mengakui The Red Devils tidak bernasib baik untuk melakar kemenangan tetapi pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang bekerja keras sehingga wisel penamat.

    “Saya rasa pasukan memberikan 100 peratus pada dua perlawanan lepas termasuk saingan Piala EFL (Piala Liga Inggeris) bertemu Leicester. Cuma, saya terkilan kita tidak menang kerana pemain mencipta banyak peluang tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan,” katanya.

    BACA juga:

    # Tag
    Berkaitan

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas