PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    [VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

    Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat mangsa itu yang dalam perjalanan ke arah Putrajaya dari Kajang terbabas dan melanggar penghadang jalan antara susur masuk ke pusat beli-belah berkenaan di laluan menghala ke Putrajaya.

    PUTRAJAYA — Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

    Jenazah Nizasuhana Ujang, 28, dituntut warisnya pada 9.55 malam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Balakong, Cheras, malam ini.

    Jenazah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, pula dituntut ahli keluarganya pada 10.05 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya, pagi esok.

    Sementara itu, difahamkan jenazah seorang lagi mangsa, Amizan Sapiie, 27, juga sudah selesai dibedah siasat bagaimanapun masih belum dituntut oleh waris.

    Petang tadi, jenazah Nurulhuda Ramli, 41, telah dituntut ahli keluarganya kira-kira pukul 6.40 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, malam ini.

    Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat mangsa itu yang dalam perjalanan ke arah Putrajaya dari Kajang terbabas dan melanggar penghadang jalan antara susur masuk ke pusat beli-belah berkenaan di laluan menghala ke Putrajaya.

    Akibat kemalangan itu, pemandu serta tiga lagi penumpang maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

    Polis meminta orang awam yang menjadi saksi kemalangan terbabit untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim di talian 017-9076260.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah