@abdulhadiawang – Pas paling kuat dalam PR, PKR akan bagi tambahan 24 kerusi

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

Adakah PKR sanggup menyerahkan 24 kerusi kepada PAS untuk ditandingi dalam PRU13? Sekiranyanya 24 kerusi PKR diberi kepada PAS maka PKR tidak ada lagi calon melayu/islam atau mungkin PAS akan bertanding dikawasan majoriti bukan melayu.

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumaat

MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas.

“Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

“Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi.

Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu.

“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui.

Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara.

Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

+++++

 

 

 

BACA juga:

Leave a Reply