PKR-DAP BERSEKONGKOL HAPUSKAN AGENDA ISLAM-MELAYU - pakdin.my

PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun mendakwa Presiden PAS, Andul Hadi Awang partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.

Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam Pakatan Rakyat adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apabila ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat – Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau ‘Common Policy Framework (CPF)’ pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam Buku Jingga yang dilancar pada Mach 2011.

Di dalam CPF, PAS terpaksa (baca: dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.

Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS.

Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.

PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.

Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.

Alasan DAP dan PAS ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.

Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa?

Lama sebelum menyertai Pakatan Rakyat, DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh, ‘Islamic state over my dead body’ pada 1990.

Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.

Agenda bersama PKR-DAP untuk melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.

Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.

Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Inilah yang diperjuangkan Umno bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.

Pemimpin Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu, takut-takut nanti DAP akan melenting.

Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.

Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang agama tanpa sebarang batasan undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.

Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘PAS have sold its soul to the devil’.

PR Fokus PRU13 – Hudud Bukan Isu dan Tiada Dalam Buku Jingga

PRU 13

Pakatan Rakyat (PR) akan terus fokus dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak akan terbuai dengan isu hudud yang didakwanya sengaja di diperbesarkan oleh media massa. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan ideologi antara Pas dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga […]

Hudud: Karpal tegur Presiden Pas

Karpal SinghKUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat. Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa

Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

hadi-hududHULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). “Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi.

Transkrip Sidang Akhbar Pakatan Rakyat Mengenai Isu Hudud

PAKATAN-HUDUDMesyuarat Pakatan Rakyat mengenai isu hudud yang berlangsung di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini bermula jam 8 malam semalam (Rabu) dan hanya berakhir pada lebih kurang jam 1 pagi (Khamis). Berikut adalah petikan transkrip soal-jawab di antara wartawan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang mewakili Pakatan Rakyat) berhubung hasil

Hudud Tiada Dalam Buku Jingga

hudud-jingga

Sementara itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menjelaskan pelaksanaan hudud tidak disebut dalam Buku Jingga. Dan apabila pas membangkitkan semula hasrat itu ia menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin DAP. WARTAWAN. Kalau tidak disebut didalam Buku Jingga kenapa Lim Guan Eng bangkitkan? ANTHONY LOKE / KETUA PEMUDA DAP Itu anda kena tanya dialah. Kongsi / Share […]

UTAMAPOLITIKPKR-DAP BERSEKONGKOL HAPUSKAN AGENDA ISLAM-MELAYU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium