Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh – Bomba

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Muhammad Farouk Eshak pula berkata semua mangsa akan ditempatkan di dewan sekitar Ampang.

Beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan dua lokasi sebagai penempatan sementara.

“Jika mereka tidak mahu berpindah ke tempat yang disediakan, mereka diberi pilihan untuk menetap di rumah saudara-mara.

“Setakat ini, bomba sedang memantau lokasi tanah runtuh jika berlaku sebarang pergerakan tanah,” katanya.

Seorang mangsa, Muhd Zulfaqar Jamaludin, 20, berkata dia dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dan gegaran.

“Selepas itu, saya bergegas melihat apa yang berlaku di belakang rumah saya dan mendapati beberapa pokok tumbang disertai tanah runtuh.

“Ekoran itu, saya segera menyelamatkan kedua ibu bapa saya dengan membawa mereka ke depan rumah,” katanya.

Nurhafizah Zolkifli, 28, pula berkata dia turut merasai gegaran kuat dan segera melihat kawasan belakang rumah serta mendapati banyak ranting pokok jatuh menimpa tingkap rumahnya pada 9.30 malam.

“Ibu bapa saya segera memanggil bomba dan terus mengambil anak saya untuk menyelamatkan diri.

“Selain itu, saya dapat lihat beberapa rumah jatuh dari tebing,” katanya.

Berkaitan