PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

    Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi berhujah bahawa kes ini mendapat perhatian luas kerana membabitkan sensitiviti agama.

    Seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret Klang atas tiga kesalahan iaitu ugutan, mencederakan mangsa serta mengeluarkan perkataan dengan niat sengaja melukakan perasaan mereka.

    Majistret Siti Zubaidah Mahat turut memerintahkan Chung Chee Yang, 47, dipenjara 21 bulan sekiranya gagal melunaskan denda.

    Siti Zubaidah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Chung gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

    “Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun sama, dipenjara setahun serta denda RM10,000.

    “Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 kanun sama, penjara 10 bulan dan denda RM2,000,” katanya.

    Semua hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula hari ini, selepas rayuan penangguhan pelaksanaan hukuman tertuduh ditolak.

    Mengikut pertuduhan pertama, Chung didakwa mengugut seorang pegawal peribadinya Mohd Azminizam Zulkepli, 48, dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 48, dan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Untuk pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan, dengan mengaitkan perkataan Allah dan ibadah puasa, yang didengar oleh Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri Zailani, 31 dan didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan ketiga, Chung didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam dan lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara 9.30 hingga 10.30 malam, 13 April 2021.

    Sementara itu, peguam Chung Abdul Hakeem Aiman dalam hujahan mitigasinya memohon mahkamah mempertimbang sumbangan amal lelaki itu kepada masyarakat, terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan serta kerjasamanya sepanjang siasatan dan prosiding perbicaraan.

    Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi berhujah bahawa kes ini mendapat perhatian luas kerana membabitkan sensitiviti agama.

    Beliau juga menekankan bahawa Chung sebelum ini pernah disabitkan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (pada 2024) kerana kesalahan serupa, termasuk mengacukan pistol kepada pengawal peribadi yang berpuasa dan enggan mengikut arahannya.

    “Kes ini berlaku pada hari pertama berpuasa iaitu pada 13 April 2021 dan diselesaikan pada hari-hari terakhir Ramadan iaitu 28 Mac 2025, selepas hampir empat tahun,” katanya.

    Nuruljannah berkata mahkamah perlu memberi hukuman setimpal supaya tiada individu yang menghina agama Islam berasa kebal daripada tindakan undang-undang.

    Media pada April 2021 melaporkan dua pengawal peribadi mengalami kecederaan selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan mereka, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan ibadah puasa.

    BACA juga:

    # Tag
    Berkaitan

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas