PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

    Elfira turut berkongsi penghijrahan dirinya yang mendapat sokongan kuat daripada daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.

    Pelakon Elfira Loy mendedahkan pengalaman putus tunang adalah satu ujian berat yang perlu ditanggung dalam kehidupan peribadinya.

    Elfira memberitahu, selama ini dia tidak membuka mulut mengenai kisah putus tunangnya yang pernah menggegarkan industri hiburan sebelum ini.

    “Sebenarnya, saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik-beradik sejak umur 12 tahun. Saya rasa itu bebanan yang kuat.

    “Sebenarnya yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu. Mungkin saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya memang diam, saya tak pernah cakap apa-apa.

    “Saya tahu perkara itu akan menjurus kepada perkara yang lebih besar dan lebih salah. Saya cakap ke, tak cakap ke, benda itu akan ada salah, akan ada yang betul. Tapi benda tu adalah perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.

    “Pergi ke mana-mana, orang akan ‘mock’ saya, orang akan buat lawak pasal saya dan saya tiada tempat untuk pergi. Saya pergi ‘mall’, orang akan gelak-gelakkan saya, orang akan nyanyi lagu, saya pergi makan, orang akan ejek-ejek saya. Orang ingat saya okay, tapi sebenarnya saya tak okay.

    “Sebab selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip atau perkara macam tu. Tetapi disebabkan perkara lain, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar disebabkan perkara ini,” kata Elfira dalam temu bual podcast Wardah Heart to Heart bersama Dayah Bakar.

    Elfira menjawab pertanyaan Dayah mengenai satu perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadi sehingga berada di titik terendah namun berjaya bangkit dengan dugaan itu.

    Biarpun mengalami fasa sukar itu, Elfira berkata, dia menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

    “Tapi, perkara terbaik dan hikmah atas insiden itu adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju, jadi saya selalu habiskan masa di masjid. Itu adalah titik perubahan dalam kehidupan saya.

    “Ketika melalui masa itu, saya memang tak bercakap dengan sesiapa, sebab saya rasa tiada sesiapa yang boleh pertahankan saya. Jadi, saya hanya bercakap kepada-Nya. Dengan ibu saya pun saya tak bercakap kerana sudah tentu ibu saya marah kerana saya tidak mempertahankan diri saya.

    “Memang 100 peratus saya bercakap dengan Dia dan Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak apa yang Allah bagi adalah semua perkara yang saya mahukan. Satu sahaja Allah tak bagi tetapi selepas itu banyak perkara yang Allah berikan,” katanya.

    Sementara itu, Elfira turut berkongsi penghijrahan dirinya yang mendapat sokongan kuat daripada daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.

    “Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.

    “Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.

    “Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut. Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.

    BACA juga:

    # Tag
    Berkaitan

    Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

    Mitos tentang pulut

    Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

    Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas