PAS Terkuat PR ? Mat Sabu Sahkan 70 Kerusi - pakdin.my

AIDCNews – Ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa partinya terkuat dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bakal bertanding 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, namun Timbalannya, Mohamad Sabu mendedahkan fakta yang sebaliknya.

“PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang,” kata Mohamad Sabu kepada Malaysian Insider.

Katanya, keputusan pemilihan calon-calon parlimen PAS 90 peratus telah selesai dan bakal dibawa ke dalam mesyuarat PR untuk keputusan rasmi.

“Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi ‘status quo‘(berpegang kepada penjanjian lama) akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, PAS bertanding 66 kerusi dan menang 23 kerusi di Dewan Rakyat.

Manakala DAP pula bakal bertanding 60 kerusi sepertimana yang dikatakan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Berdasarkan jumlah itu, calon DAP meningkat 13 orang berbanding dengan 47 orang pada PRU 12.

Daripada 47 calon, DAP memenangi 28 kerusi parlimen menjadikan parti terkuat di dewan rakyat selepas 5 ahli parlimen PKR keluar parti.

Berbanding dengan DAP, PAS hanya meningkat 4 calon berbanding dengan pilihanraya umum sebelumnya.

Kenyataan jumlah kerusi yang dipertandingkan PAS oleh Mohamad Sabu itu mengesahkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

“Pada 2008, PKR bertanding 97 kerusi, Pas (66 kerusi) dan DAP (47 kerusi). Besar kemungkinan ia tidak banyak beza dengan PRU 2008.

“Saya dimaklumkan, rundingan (pembahagian kerusi) telah 90 peratus siap,” katanya kepada Sinar Harian.

Daripada 97 calon yang dipertandingkan, PKR memenangi 31 kerusi yang meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

Namun, selepas 16 September 2008, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR menjadikan PKR jatuh ketempat kedua selepas DAP.

Dengan kehilangan 5 ahli parlimen PKR itu, DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan PR di parlimen dengan mengekalkan kedudukan 28 kerusi, PKR, 26 kerusi dan PAS, 23 kerusi.

Namun DAP yang sepatutnya mengambil alih tugas sebagai ketua pembangkang di parlimen tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan sekaligus mengekalkannya sebagai Ketua dalam PR.

Ramai pemerhati politik berpendapat, selepas PRU-12, DAP menjadi kuasa pemutus untuk menentukan siapakah yang layak menjadi ketua pembangkang dan ketua PR.

Dr Azmi : DAP Menang Besar Jika PR Berjaya Tawan Putrajaya

 

 

 

UTAMAPOLITIKPAS Terkuat PR ? Mat Sabu Sahkan 70 Kerusi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium