#SSYBN : Lepas UNISEL, KUIS Pula Akan Hancur @Khalid_Ibrahim - pakdin.my

Belum pun kerajaan PR Selangor sempat memikirkan penyelesaian bagi masalah UNISEL, kini masalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula timbul.

Seperti juga UNISEL, KUIS sedang mengalami masalah kewangan yang semakin hari semakin meruncing dengan tiada jalan penyelesaian yang tuntas mahupun bantuan dari pihak kerajaan negeri.   Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini timbul sejak pertukaran Rektor yang baru pada 2010, tetapi apa yang pasti KUIS tidak pernah mengalami masalah besar ketika pemerintahan BN di Selangor.

Mungkin untuk menangani masalah kewangan ini, maka akhir-akhir ini, KUIS mewajibkan pelajar-pelajarnya tinggal di asrama.  Dan sejak beberapa tahun kebelakangan, KUIS telah menaikkan kadar yuran asrama dengan kenaikan yang terlalu tinggi.  Contohnya, asrama jenis D dengan 4 orang bagi 1 bilik yang sebelum ini berharga RM550 setiap seorang, kini meningkat menjadi RM700 seorang.  Ada di antara asrama lain yang mana kenaikannya mencecah lebih RM1,000.

Yuran pengajian KUIS juga meningkat saban tahun dan pernah mengalami peningkatan sebanyak 100%.  Perkara ini pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak kepada media pada penghujung tahun 2011 bagi menarik perhatian kerajaan Selangor agar menanganinya segera.  Namun, sehingga kini, kerajaan Selangor terus menutup mata dan memekakkan telinga.

Akibatnya, keadaan semakin buruk sehingga menyebabkan ramai pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos yuran yang mahal serta sara hidup yang semakin tinggi.  Ramai mahasiswa terpaksa menangguhkan pengajian atau berhenti akibat masalah kewangan yang melanda mereka.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya, inikah sikap kerajaan PR Selangor yang kononnya meletakkan pendidikan di tahap yang paling tinggi?

Inikah rupa kerajaan PR Selangor yang memperjuangkan pendidikan percuma kepada semua?

Inikah kerajaan yang kononnya bijak mentadbir kewangan negeri?

Apabila ramai pelajar yang berhenti, pastinya pendapatan KUIS juga terjejas.   Lebih buruk lagi, apabila pengambilan baru juga semakin berkurangan kerana ramai yang tidak sanggup dan tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran, sara hidup dan penginapan di Universiti tersebut.

Oleh itu, bagi menampung kos operasi dan utiliti, KUIS cuba membebankan segala kos ke atas pelajar dengan menaikkan lagi yuran asrama dan sebagainya.  Tindakan ini menyebabkan pengambilan pelajar berlipat ganda berkurangan sekali gus pendapatan KUIS juga berlipat ganda merosot.

Ini menjurus kepada masalah yang berganda di mana kakitangan KUIS juga berada dalam risiko menghadapi masalah tidak menerima gaji dan sebagainya sepertimana yang telah berlaku di UNISEL dan tidak lupa juga KUIN, di Kedah.

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR langsung tidak prihatin dengan Kolej-kolej Universiti di bawah seliaan mereka?

Dengan wang yang begitu banyak seperti yang sering diwar-warkan mereka kepada rakyat, kenapakah mereka tidak dapat membantu KUIS, UNISEL atau KUIN di Kedah bagi memastikan pendidikan anak-anak muda kita tidak terjejas?

Apakah kerajaan PR sebenarnya tiada wang?  Atau tidak cukup bijak untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini?  Atau sememangnya tidak peduli dengan isu pendidikan dan pelajaran untuk rakyat?

Kita merasa pelik apabila kerajaan PR Selangor boleh pula mengeluarkan wang untuk membayar kos guaman pemimpin PR yang didakwa di mahkamah.  Pelik lagi apabila kerajaan PR Selangor sanggup bermewah dan berhabis untuk mengadakan program-program politik.  Dan semua ini dibelanjakan mereka sebelum waktu kempen pilihanraya.  Bayangkan, berapa banyak agaknya wang negeri yang mereka �sediakan� untuk kempen pilihanraya nanti?

Jika beginilah caranya PR ingin menarik undi, iaitu dengan menumpukan semua strategi, idea dan sumber kewangan untuk berpolitik dan bukan untuk rakyat, maka PR wajar lupakan saja Putrajaya.  Hentikanlah berjanji mengenai pendidikan percuma atau apa saja, kerana ia bukan sahaja tidak pernah dipercayai, tetapi juga sudah tidak kelakar lagi.

Pendidikan bukan perkara kecil, ia merupakan soal masa depan.  Jika ini pun tidak dapat difahami, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari kerajaan PR?


Hutang UNISEL Bongkar Ketidakmampuan PR @Khalid_Ibrahim : »

unisel_merudum-pr

Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri. Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas…

MB Selangor akui Unisel tidak mampu bayar hutang JNSB – @Khalid_Ibrahim »

khalid-pru

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa Universiti Selangor (Unisel) menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejaskan kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB). Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk…

Unisel Berhutang RM15 Juta Dengan Jana Niaga Sdn Bhd – @NohOmar »

unisel_merudum

Universiti Selangor (Unisel) didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaran di…

UTAMABERITA#SSYBN : Lepas UNISEL, KUIS Pula Akan Hancur @Khalid_Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium