PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

    "Malaysia sentiasa konsisten dalam pendiriannya untuk membantu negara jiran yang memerlukan. Misi kemanusiaan ini mencerminkan solidariti ASEAN dan komitmen Malaysia terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat - Ahmad Zahid

    Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengesan dan menyelamatkan seorang mangsa yang masih masih hidup selepas 72 jam terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mangsa lelaki berusia 40-an itu ditemui di bawah runtuhan di Worksite K10, iaitu kawasan perumahan di Jalan Sagaing-Ta Da U dengan bantuan peralatan khas milik SMART pada pukul 2 petang tadi.

    “Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.27 petang hasil kerjasama erat dengan anggota bomba tempatan, sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

    “Kejadian ini merupakan satu keajaiban memandangkan mangsa telah terperangkap lebih daripada 72 jam di bawah runtuhan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Terdahulu, Ahmad Zahid berkata pasukan SMART turut menemui dan mengeluarkan enam jasad mangsa yang terkorban dalam bencana itu dan pihak Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat serta berharap mereka tabah menghadapi tragedi ini.

    “Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota SMART yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga sempena Aidilfitri demi melaksanakan misi kemanusiaan ini.

    “Pengorbanan mereka amat dihargai dan menjadi simbol kesungguhan Malaysia dalam membantu masyarakat antarabangsa yang dilanda musibah,” menurutnya.

    Beliau berkata kerajaan akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi-agensi berkaitan akan memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan cekap dan berkesan.

    “Malaysia sentiasa konsisten dalam pendiriannya untuk membantu negara jiran yang memerlukan. Misi kemanusiaan ini mencerminkan solidariti ASEAN dan komitmen Malaysia terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat,” katanya.

    Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

    Ahad lepas, dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa SMART selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyidaw, dan pasukan itu kemudian bergerak sejauh 270 kilometer melalui jalan darat ke daerah Sagaing untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

    BACA juga:

    # Tag
    Berkaitan

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas