PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

    Menurut KOM, pencapaian terbaharu ini adalah kesinambungan kejayaan Azeem yang sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan.

    Pelari wanita negara Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertamanya tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.

    Olahraga Malaysia dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.

    Pingat perak dimenangi Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s manakala gangsa diraih Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan (56.91s).

    “Menurut Shereen, 200m pertama agak mencabar disebabkan cuaca berangin dan arah angin berlawanan.

    “Namun secara keseluruhan, beliau berasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” menurut hantaran itu.

    Sementara itu, pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa apabila mencatat masa 20.79 saat (s) dalam acara 200 meter (m) di Kejohanan Olahraga Pepsi Florida Relays.

    Lebih manis, Azeem bukan sahaja muncul juara dalam saringan keenam, malah catatan itu hampir memadam rekod kebangsaan 200m milik Russel Taib yang bertahan sejak 2019 dengan perbezaan tipis 0.02s sahaja.

    Mewakili Universiti Auburn, pelari berusia 20 tahun itu juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik apabila berada di kedudukan ke-13 daripada 45 peserta keseluruhan, sekali gus menjadi pelari kedua terpantas dari universiti berkenaan.

    Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menzahirkan rasa bangga dengan prestasi ditampilkan Azeem dan yakin atlet muda itu mampu mencipta lebih banyak kejayaan selepas ini.

    “Teruskan usaha, Azeem! Kejayaan sedang menantimu di garisan penamat. Seluruh rakyat Malaysia berada di belakangmu,” kata KOM dalam satu kenyataan.

    # Tag
    Berkaitan

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas