PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

    “Pasukan perubatan dari Hospital Jengka mengesahkan kematian suspek di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

    MARAN – Seorang lelaki warga emas maut manakala dua individu cedera selepas berlaku insiden pergaduhan di Felda Jengka 2.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi 6 April 2025, suspek dikenali sebagai Hasdi Abdul, 57, dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba dan menikam dua mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

    Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada pukul 10.15 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Felda Jengka 2 di sini.

    “Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas apabila menyerang dua individu dengan senjata tajam sehingga mencederakan mereka.

    “Mangsa pertama seorang wanita berumur 52 tahun mengalami kesan tikaman sedalam tiga sentimeter di bahagian perut, selain luka pada tangan kanan dan dagu.

    “Mangsa kedua, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut cedera di paha kanan akibat tikaman dan telah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,”katanya di sini, hari ini.

    Menurutnya, sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan kebiruan pada mata, selain tangan terikat.

    “Pasukan perubatan dari Hospital Jengka mengesahkan kematian suspek di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

    Dalam pada itu katanya, susulan kejadian, polis menahan empat lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam pergelutan dengan suspek dan akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut.

    Turut dirampas dalam kejadian ialah sebilah pisau yang digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa.

    # Tag
    Berkaitan

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas