PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Peremajaan parti bukan mengenai umur semata – Mohamad

    Jadi, kita harap pengundi di Ayer Kuning berpuas hati dengan calon yang kita namakan ini dan memberikan mandat kepadanya sebagai wakil rakyat.

    Peremajaan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) bukan berkisar mengenai umur semata sebaliknya turut meliputi individu yang memiliki visi inklusif dan dapat menyesuaikan diri dengan dinamik politik semasa selain berpengetahuan luas.

    Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, yang bukan dalam kalangan pemuda sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, adalah keputusan yang tepat.

    “Tidak semestinya semua calon perlu orang muda. Meremajakan parti ini, kita tidak mengatakan dari segi umur sahaja tapi berbagai-bagai termasuklah gerak kerja dan memberikan peluang kepada ahli akademik (untuk bertanding)

    “Dr Mohamad Yusri ini bukan sahaja ahli akademik berkelulusan tinggi tetapi berpengetahuan luas dalam arena politik.

    “Jadi, ini yang kita katakan sebagai meremajakan parti. Kita pilih pemuda bagi PRK Nenggiri dan PRK Mahkota kerana itu yang terbaik tetapi bukan bermakna di Ayer Kuning juga perlu calon daripada kalangan orang muda,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Tanah dan Daerah Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan soal pemilihan calon telah dilakukan pucuk pimpinan dengan penuh teliti.

    “Antara enam nama dicadangkan, kita lihat semua bagus. Dr Mohamad Yusri dipilih untuk menyambung apa yang dilakukan oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin dan saya yakin beliau mempunyai kredibiliti baik dengan latar belakang akademik cemerlang.

    “Paling penting beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian Tapah, juga disenangi di peringkat bahagian dan orang ramai. Jadi, kita harap pengundi di Ayer Kuning berpuas hati dengan calon yang kita namakan ini dan memberikan mandat kepadanya sebagai wakil rakyat,” katanya.

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian Ishsam pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 April sebagai hari pengundian manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

    BACA juga:

    # Tag
    Berkaitan

    PRK DUN Ayer Kuning: Tiga penjuru, kelebihan Barisan Nasional (BN)

    亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

    PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

    亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas