PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    ‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

    Erma percaya perbuatan sumbang mahram perlu didokumentasikan untuk tatapan umum demi memberi pengajaran kepada khalayak.

    Menerima pelbagai kritikan tentang babak sumbang mahram dalam drama Keluarga Itu, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan hanya mahu memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyrakat.

    Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, menyifatkan pihak yang tergamak melakukan jenayah sumbang mahram mempunyai jiwa perlu diubati.

    “Bila aku buat drama ini (Keluarga Itu), kalian kutuk kata menjijikkan tetapi ini realiti di luar sana.

    “Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya dalam hantaran Instagram.

    Berkongsi lanjut, pelakon drama Mak Cun itu turut menggesa kerajaan menyelesaikan gejala kes sumbang mahram daripada terus menular.

    “Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya lagi.

    Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik artikel berkaitan kes rogol dan sumbang mahram yang berada di tahap membimbangkan apabila ada peningkatan berlaku setiap tahun.

    Rata-rata bersetuju dengan tindakan Erma yang menghasilkan drama berkaitan jenayah tersebut bagi membuka mata sesetengah pihak.

    “Bila kita nak didik dikatanya mengaibkan dan menjatuhkan maruah, sedangkan kita nak dedahkan serta celikkan mata dan minda masyarakat untuk beri perhatian dengan keadaan sekeliling,” ujar peminat.

    “Setuju sangat dengan ada drama Keluarga Itu sebab benda ini betul-betul wujud. Tahun lepas sahaja, setiap bulan ada kes rogol dan kebanyakannya ayah rogol anak,” jelas pengikut.

    “Mereka dalam fasa penafian bahawasanya dalam masyarakat ini dah bernanah kes haruan makan anak,” tutur pengikut lain.

    Keluarga Itu merupakan drama terbitan Erma itu berkisarkan isu kekeluargaan yang jarang diketengahkan dalam naskhah tempatan.

    Drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd. dan Amor Rizan itu dibintangi Datuk Rosyam Nor, Puteri Balqis, Datin Paduka Umie Aida, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah dan Muaz Zabir.

    # Tag
    Berkaitan

    Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

    Mitos tentang pulut

    Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

    Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas