PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    [VIDEO] Aaron-Wooi Yik rangkul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025

    Pasangan nombor enam dunia itu mempamerkan aksi cemerlang pada kempen BAC 2025 apabila tidak tewas satu set pun sepanjang kejohanan.

    Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.

    Pada aksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, pilihan keenam Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan pasangan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi, sekali gus menjadi beregu Malaysia pertama memenangi gelaran itu sejak Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di Johor Bahru pada tahun 2007.

    Pada set pembukaan, bekas juara dunia 2022 itu bermula garang apabila mendahului 3-0, namun pasangan China berkenaan enggan mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan 15-15.

    Aaron-Wooi Yik kekal tenang dan menggunakan beberapa pukulan menarik dan tepat untuk menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19 dalam perlawanan yang mendebarkan.

    Walaupun ketinggalan 9-11 pada waktu rehat set kedua, pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik itu bangkit dengan semangat juang tinggi untuk mendahului 19-15, sebelum Aaron menamatkan perlawanan dengan satu ‘smash’ padu, sekali gus memastikan kemenangan 21-17 dalam masa 47 minit untuk merangkul kejuaraan itu.

    Kemenangan itu turut melebarkan rekod pertemuan mereka menentang pasangan tuan rumah itu kepada 3-1, sejak kali pertama bertemu pada pusingan kedua Malaysia Masters 2024.

    Kejayaan hari ini cukup manis buat Aaron-Wooi Yik kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk menebus kekecewaan apabila tewas pada final edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina kepada pasangan Indonesia Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan, 21-23, 10-21.

    Aksi cemerlang mereka termasuk kemenangan 21-12, 21-14 ke atas pasangan pilihan kedua dan sandaran tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang pada saingan separuh akhir semalam.

    Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai USD37,000 (kira-kira RM164,000), manakala Bo Yang-Liu Yi menerima USD17,500 (kira-kira RM77,000) selaku naib juara.

    BACA juga:

    Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

    BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

    Jacky, Jimmy-Pei Jing naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025

    # Tag
    Berkaitan

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

    Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

    Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

    Sin Chew Daily mohon maaf

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas