Dipenjara akibat acu pisau ke arah ibu - pakdin.my

Tertuduh (kiri) diarah menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, semalam.

KOTA BHARU – Perlakuan luar batasan seorang anak mengacu pisau kepada ibunya Jun lalu, mendapat balasan apabila dia dihukum 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor selepas Razman Ab Rashid, 19, mengaku salah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Che Mah Abdullah di rumah tidak bernombor Kubang Edang, Peringat, Melor pada jam 4 petang, 18 Jun.

Dalam kejadian itu, tertuduh tiba-tiba mengamuk sambil mengacu pisau dan buluh ke arah pengadu.

Tertuduh juga mengugut untuk membakar rumah pengadu kerana marah ibunya itu tidak memberikan RM100 yang dimintanya.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

UTAMABERITADipenjara akibat acu pisau ke arah ibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium