PM @NajibRazak lancar rangka tindakan kajian semula pendidikan nasional 11 September - pakdin.my

image

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan rangka tindakan kajian semula Pendidikan Nasional pada 11 September ini di Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, rangka tindakan itu mengandungi pelbagai cadangan penting merangkumi semua aspek ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Katanya selepas tiga bulan dilancarkan, rangka tindakan itu akan dipamerkan kepada umum untuk mendapat maklum balas daripada pihak yang berkaitan sebelum dirumuskan dan dibawa ke Kabinet sebelum akhir tahun ini.

Pelaksanaan kajian semula itu akan dilakukan secara tiga gelombang bagi tempoh 13 tahun dengan gelombang pertama selama tiga tahun manakala kedua dan ketiga pula masing-masing lima tahun, katanya.

“Semasa gelombang pertama, keutamaan akan diberi kepada bidang pendidikan yang mudah dilaksanakan dan memberi impak tanpa perubahan struktur dan kewangan yang besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini.

UTAMABERITAPM @NajibRazak lancar rangka tindakan kajian semula pendidikan nasional 11 September

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium