Penafian Mansor Kritik Guan Eng Bukti PKR Tidak Percaya DAP - pakdin.my

UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang tidak meyakinkan berhubung label angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Lim Guan Eng menunjukkan dua rakan sekutu dalam pakatan pembangkang itu tidak mempercayai satu sama lain.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata melalui kenyataan itu juga menunjukkan akibat takut hilang jawatan, pemimpin PKR itu terpaksa membuat penafian.

“Beliau (Mansor) takut hilang jawatan yang disandangnya sepertimana yang terjadi kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mohammad Fairus Khairuddin pada 2009 yang dipecat kerana tidak sependapat dengan Guan Eng,” katanya.

Semalam, pada sidang media tergempar di pejabat ketua menteri, Mansor berdolak-dalik memberikan jawapan malah kelihatan resah apabila wartawan bertanyakan sama ada beliau pernah mengungkapkan perkataan itu.Mansor pada mulanya mengakui ada perjumpaan antara pemimpin PKR negeri seperti yang dilaporkan dalam bloggelagatanwar.wordpress.com, tetapi menafikan ia adalah mesyuarat strategik PKR negeri.

Ia susulan pendedahan blog berkenaan yang memetik, Mansor melabel Guan Eng sebagai sombong dan angkuh selain tidak berpuas hati kerana DAP mahu membolot banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, penafian terbabit jelas menunjukkan demi kepentingan peribadi Mansor sanggup tunduk kepada Guan Eng, bukannya berjuang untuk kepentingan orang Melayu di negeri ini.

Katanya Mansor tidak sepatutnya menyamakan Guan Eng dengan tokong yang mana ia boleh memberi maksud sebagai tuhan yang disembah, biarpun cuba menghormati pemimpin dan ketuanya.

“Kalau dah mula samakan pemimpin sebagai tokong, dengan sendirinya sudah lari daripada akidah sebenar. Ia adalah perbuatan yang salah kerana dalam Islam tidak boleh menyamakan manusia seperti tuhan,” katanya.

Mengenai punca tindakan Mansor yang melabelkan Guan Eng sebegitu, Zainal Abidin berkata ia berikutan DAP yang kini mempunyai 19 kerusi, bercita-cita menambah dua lagi kerusi dengan mengambil kerusi milik PKR.

“Apabila ia berlaku, DAP yang mempunyai 21 kerusi boleh mendapat kuasa mutlak untuk memerintah Pulau Pinang dan ia sememangnya menjadi harapan DAP tanpa perlu berkongsi kuasa dengan rakan-rakan lain,” katanya.

UTAMABERITAPenafian Mansor Kritik Guan Eng Bukti PKR Tidak Percaya DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium