UtamaPOLITIKPenduduk P.Pinang Penyembah Tokong

Penduduk P.Pinang Penyembah Tokong - pakdin.my

Gelaran “tokong” yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.

Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.

Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.

Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.

Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.

Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.

Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai “khalifah” setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.

Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.

Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...