Polis Siar Gambar Himpunan Janji Bersih, Minta Orang Ramai Bantu Siasatan - pakdin.my

DIKEHENDAKI POLIS..Polis menyiarkan 11 keping gambar individu yang terlibat dalam Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, 30 Ogos lepas. Orang ramai yang mengenali mereka, diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan. Peserta perhimpunan dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera ‘baharu’ dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. Gambar boleh di lihat disini

Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook pada Isnin menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344,” kata Ku.

Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera ‘baharu’ sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

UTAMABERITAPolis Siar Gambar Himpunan Janji Bersih, Minta Orang Ramai Bantu Siasatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium