1MDB: Affin beli tanah RM600j di TRX - pakdin.my

mulia-group-trx

Affin Bank Bhd. (Affin Bank) mengumumkan pelan strategik baharu menerusi pembinaan bangunan ibu pejabat baharu melalui pembelian tanah di pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin berkata, pembelian tanah dan pembangunan ibu pejabat berkenaan dianggarkan mencecah sebanyak RM600 juta adalah sebahagian daripada perancangan syarikat untuk memiliki bangunan sendiri setelah menyewa selama hampir 40 tahun.

Menurut beliau, bangunan baharu itu akan menempatkan semua syarikat di bawah Kumpulan Affin Bank termasuklah Affin Bank, Affin Islamic Bank, Axa Affin Life, Axa Affin General Insurance dan Affin Hwang Capital yang sehingga kini mencatatkan jumlah kakitangan sebanyak 5,000 orang.

Jelas beliau lagi, pembelian tanah di TRX itu merangkumi kawasan seluas 0.5 hektar dan ruang lantai kasar (GFA) sebanyak 7.65 hektar merupakan kawasan antarabangsa gred A yang akan dibina dengan ibu pejabat setinggi 35 tingkat dan dilengkapi dengan 830 lot parkir.

“Pembinaan akan mula dijalankan sekitar tahun hadapan dan dijangka berakhir pada hujung tahun 2018. Kita menjangkakan pembangunan akan berjalan secepat mungkin agar kita dapat terus beroperasi di bangunan baharu.

“Apabila semua syarikat di bawah kumpulan berada di bawah satu bangunan, perancangan dan pengendalian operasi akan menjadi lebih sistematik dan berkesan malah kita juga dapat menikmati penjimatan kos secara optimum,” katanya ketika berucap dalam majlis taklimat dan pengumuman kepada media di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Affin Bank dan Affin Islamic Bank, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Affin Bank, Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff.

Tambah Kamarul, sebagai pusat kewangan antarabangsa, TRX merupakan kawasan dagangan yang berpotensi besar dan berperanan memberikan pulangan dan pulangan yang lebih baik kepada Affin Bank pada masa hadapan.

“TRX merupakan lokasi yang begitu strategik dan ia sudah tentu mampu memberikan lonjakan terhadap penjenamaan dan kedudukan kita dalam pasaran kewangan serta perbankan negara dengan cemerlang,” katanya.

Selain itu, jelas Kamarul lagi, pelan pembangunan ibu pejabat baharu bagi Affin Bank merupakan sebahagian daripada inisiatif bersepadu untuk menampung pelan korporat yang seterusnya akan mendorong kepada pertumbuhan institusi perbankan itu.

“Malah, ibu pejabat baharu itu turut memberikan manfaat kepada kakitangan kita kerana TRX dikelilingi dengan sambungan lebuh raya utama dan juga stesen pertukaran Transit Aliran Massa (MRT) pada masa akan datang,” ujarnya.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Affin beli tanah RM600j di TRX

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium