25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

1mdb akan terus beri maklum balas kepada Dr. Mahathir

perincian-hutang-1mdb

1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, ia komited untuk terus menyediakan maklum balas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membantu bekas Perdana Menteri itu mengingati kembali jawapan berasaskan fakta yang diberikan sebelum ini.

1MDB berkata, Dr. Mahathir “terus mengguna dan mengitar semula dakwaan basi dan tidak terbukti yang telah dibuktikan salah berulang kali.”

“Sebagai contoh, sebelum ini Tun Dr. Mahathir mendakwa sejumlah RM42 bilion lesap daripada 1MDB. Sekarang beliau mendakwa lebih RM20 bilion tidak dapat dikesan atau diambil kira.

“Untuk kebaikan Tun Dr. Mahathir, satu pecahan menyeluruh akan bagaimana 1MDB menggunakan hutang RM42 bilion itu – berasaskan penyata kewangan yang telah diaudit syarikat – boleh dilihat menerusi http://1mdb.com.my/press-release/rm42-billion-all-accounted-for,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan 1MDB susulan catatan berkaitan 1MDB oleh bekas pemimpin politik berkenaan yang dipapar menerusi laman blog beliau pada 25 September.

“Berhubung tanah 1MDB, dengan mudahnya Tun Dr. Mahathir lupa bahawa 1MDB dimiliki 100 peratus oleh kerajaan Malaysia, justeru sebarang peningkatan nilai akan memberi manfaat secara langsung hanya kepada kerajaan.

“Selain memetik sebut harga tanah yang jauh lebih rendah pada RM3,000 satu kaki persegi sekarang (berbanding RM7,000 sekaki persegi dalam dakwaan beliau sebelum ini), Tun Dr. Mahathir lupa untuk mengakui bahawa 1MDB telah membuat komitmen sebanyak RM3 bilion bagi pembangunan infrastruktur di TRX.

“Ini menyamai sekitar RM1,500 perbelanjaan infrastruktur untuk satu kaki persegi, dibayar oleh 1MDB dan seterusnya diperoleh semula menerusi penjualan tanah,” kata 1MDB.

perincian-hutang-1mdb-aset


1MDB regrets Dr M easily forgets

1MDB notes certain statements relating to 1MDB posted by YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad in his blog on 25 September 2015. Tun Mahathir continues to reuse and recycle stale and unproven allegations, which have repeatedly been proven wrong.

For example; Tun Mahathir previously claimed that RM42 billion was missing from 1MDB. Now, he claims that “over RM 20 billion cannot be traced or accounted for”. For Tun Mahathir’s benefit, a comprehensive breakdown of how 1MDB utilised its RM42 billion of debt – based on the company’s audited financial statements – can be found here: http://1mdb.com.my/press-release/rm42-billion-all-accounted-for

In relation to 1MDB land, Tun Mahathir conveniently forgets that 1MDB is 100% owned by the Government of Malaysia. Therefore, any land value increase directly and solely benefits the Government. Apart from now quoting a much lower land value of RM3000 per square foot (vs RM7000 per square foot in a previous allegation by him), Tun Mahathir forgets to acknowledge that 1MDB has committed RM3 billion on infrastructure development in TRX. This equates to approximately RM1500 of infrastructure expenditure per square foot, paid for by 1MDB, and subsequently recovered through land sales.

Tun Mahathir has also repeated his old claim that 1MDB transferred funds to the private accounts of the Prime Minister. As he will be well aware, this is despite the independent Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) clearly confirming on 3 August 2015 that the funds were from a private donor and not from 1MDB.

1MDB regrets that Tun Mahathir keeps forgetting the facts, not just from 1MDB but from independent and respected agencies such as the MACC. Nevertheless, 1MDB is committed to continue providing responses in order to help Tun, a veteran former politician, remember our fact-based answers.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan