25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

1MDB: Arul Kanda terima cabaran debat live dengan Tony Pua

1mdb-debat-arul-tony

Mana mahu lari… Presiden dan CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk muncul pada debat secara langsung di kaca TV untuk  menjawab segala dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

“YB Tony Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung ‘talk show’, dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau,” kata Arul dalam satu kenyataan Khamis.

Bagaimanapun, Arul meletakkan syarat yang Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Ini berlaku selepas Tony Pua, memperlekehkan Arul dengan mendakwa beliau  “mengitar semula” jawapan semasa temubual di Bernama TV pada Rabu.

Tony Pua berkata, beliau akan menjadi host debat itu dan akan memberikan Arul “setiap peluang dan masa sebanyak dia suka untuk menjawab soalan-soalan ini”.

“Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah,” katanya.

“Malah, saya tidak akan berdendam jika dia berjaya memalukan saya dengan menunjukkan bukti yang menyangkal dakwaan saya.

“Persoalannya ialah, dia akan mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?” katanya.

1mdb-debat-arul-tony-2

Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju untuk cabaran.

“Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan berharap untuk menjawab soalan-soalan tersebut,” kata beliau.

“Bagaimanapun untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan algojo.

“Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan